No events |
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
FALSAFAH PENDIDIKAN YIK
Pendidikan Islam sebagai yang diterangkan pengertiannya dalam istilah-istilah ta'lim, ta'dib, irsyad dan tadris adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, aqliah, emosi, aqidah dan jasmani berdasarkan kepada ajaran Islam.
VISI MTAQA
Melahirkan para hafiz yang soleh serta berketrampilan dalam kehidupan bermasyarakat.
MISI MTAQA
Melahirkan para hafiz yang mahir dalam ilmu Al-Quran dan Qiraat serta berkemampuan untuk memikul tanggungjawab sebagai pendakwah.
JUMLAH GURU
34 ORANG
JUMLAH PELAJAR
226 ORANG
JUMLAH STAF
7 ORANG