PEMBAHARUAN MUADALAH UNTUK KE MAAHAD QIRAAT AL-AZHAR SHOUBRA

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa pihak Universiti Al-Azhar Al-Sharif, Mesir melalui suratnya bertarikh 20 Ogos 2019 dan surat bertarikh 15 September 2019 telah bersetuju untuk memperbahurui penyetaraan (muadalah) bidang Qiraat kepada institusi Malaysia seperti berikut:

  1. Setara (muadalah) peringkat ‘Aliyah Al-Azhar

                                - Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

                                - Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan

                                - Koleh Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kelantan

                                - Kolej hafiz Klang, Selangor.

  1. Setara (muadalah) peringkat Tajwid Al-Azhar

                                - Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan.

                                - Kolej Hafiz Klang, Selangor.

KPM memalumkan yang penyertaan ini berkuatkuasa untuk tempoh tiga tahun bermula sesi 2019.2020 hingga sesi 2021/2022 yang bermaksud, pemegang sijil Qiraat peringkat ‘Aliyah daripada 4 buah institusi do atas layak menyambung pengajian Qiraat peringkat Takhassus di Maahad Qiraat Al-Azhar bagi tempoh tiga (3) tahun secara sepenuh masa.

KPM juga menjamin yang pelajar yang lulus di peringkat Takhassus akan dinilai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Ianya suatu berita gembira buat pelajar-pelajar aliran Qiraat di bawah YIK iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong dan juga Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Banggol Chicha. Memandangkan MTAQA BC merupakan cawangan kepada MTAQ PC, para pelajar dari MTAQA BC diberi keutaaman untuk menyambung tingkatan enam (6) dan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Tahfiz Quran (STTQ) yang melayakkan mereka pergi ke Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra sekiranya lulus.

Lebih menggembirakan lagi, pelajar yang lulus pengajiannya di Maahad Qiraat Al-Azhar akan diikiktiraf sebagai Ijazah Sarjana Muda Kepujian oleh MQA dan meleraikan kekusutan yang melanda pelajar-pelajar MTAQ yang pergi ke Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra melalui STTQ sebelum ini. Jika sebelum ini, para pelajar yang pergi ke Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra melalui STTQ di MTAQ PC tidak diikiktiraf sijil oleh MQA akibat beberapa polemik yang melibatkan politik.

Alhamdulillah. Ayuh, teruskan bidang anak-anak dalam bidang Al-Quran supaya lebih ramai anak-anak Melayu Kelantan khususnya dan juga Malaysia amnya yang pakar dalam bidang Al-Quran. Insya Allah ada ganjaran dan manfaatnya buat ummah.

PENAFIAN: Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. ©Tahfiz Al-Quran Al-Asriah Banggol Chicha