SYARAHAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT ZON 4 PASIR MAS

Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris yang berlangsung semalam di SMU(A) Tarbiah Diniah Meranti yang disertai oleh Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah telah merangkul 2 trofi untuk dibawa pulang. MTAQA mendapat Johan untuk Kategori B (bawah 15 tahun) manakala untuk Kategori A (16 - 18 tahun) cuma mendapat tempat kedua iaitu Naib Johan.

Ianya suatu pencapaian yang boleh dibanggakan dan dapat menepis persepsi sesetengah masyarakat yang menganggap pelajar-pelajar tahfiz yang belajar agama ini tidak mampu untuk menguasai Bahasa Inggeris. 

Kategori A telah diwakili oleh adik Wan Muhd Anwar dari tingkatan 4 manakala untuk kategori B yang merebut gelaran johan diwakili oleh adik Danish Haiqal dari tingkatan 3. InsyaAllah adik Danish Haiqal akan mewakil Zon 4 untuk ke pertandingan peringkat negeri nanti, berentap untuk memberi saingan kepada pemenang dari 11 buah zon lagi. InsyaAllah, kejayaan milik kita.

 

 

Persembahan oleh adik Danish Haiqal

 

Persembahan oleh adik Wan Muhd Anwar

PENAFIAN: Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. ┬ęTahfiz Al-Quran Al-Asriah Banggol Chicha