- SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/SRI atau yang setaraf dengannya yang lahir pada tahun 2007 adalah layak memohon masuk Sekolah Kawalan Yayasan Islam Kelantan.
- Keputusan UPSR 2019 mendapat 6A.
- Permohonan boleh dibuat di Maahad Kawalan berkenaan.
- Borang permohonan boleh didapati Yayasan Islam Kelantan / Maahad Kawalan / dimuat turun dari laman web YIK www.yik.edu.my
- Permohonan dibuka mulai 13 Oktober 2019 (Ahad) sehingga dua minggu selepas keputusan UPSR diumumkan.
- Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan keputusan UPSR, surat beranak, sijil-sijil akademik dan sijil khatam al-Quran (jika ada) yang telah disahkan.
- UJIAN KEMASUKAN
- Semua pemohon wajib menduduki ujian kemasukan.
- Tarikh ujian lisan akan ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Ujian bertulis akan diadakan pada
- Tarikh : 07.12.2019 (Sabtu)
- Masa : 10.00 pagi
- Perkara yang diuji
- Ujian membaca
- Al-Quran : 60 markah
- Jawi : 40 markah
- Ujian bertulis
- Jawi dan asas pengetahuan Islam : 100 markah
- Ujian Hafazan
- Hafazan al-Quran : 100 markah (MTS & MTAQ sahaja)
- Ujian membaca
- KEPUTUSAN
- Keputusan ujian dijangka akan diumumkan pada 19 Disember 2019 (Khamis)
- PENGESAHAN
- Pemohon yang berjaya dikehendaki mengesahkan penerimaan belajar di maahad berkenaan dalam masa (7) tujuh hari selepas keputusan ujian diumumkan.
- LAPOR DIRI
- Pemohon yang berjaya dikehendaki melapor diri di Maahad berkenaan sehari sebelum sesi persekolahan bermula.
- Pemohon yang tidak melapor diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap telah menolak tawaran belajar.
Pengarah,
Yayasan Islam Kelantan.
29 Muharam 1441
29 September 2019