Sedikit pengenalan
Tentang Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah ( MTAQA ), Banggol Chicha, Pasir Mas, telah dirasmikan penubuhannya oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 19 Disember 2005. Ianya merupakan sebuah Sekolah Menengah Ugama yang merangkumi tiga bidang pengajian iaitu Al-Quran dan Qiraat, Pengajian Islam/Bahasa Arab dan Akademik.

Kedua Di Kelantan
Cawangan kepada MTAQWQ Pulai Chondong

Berdaftar
Dibawah pentadbiran YIK

3 Kurikulum
- Kurikulum Maahad Qiraat Al-Azhar
- Kurikulum Maahad Buuth, Al-Azhar
- Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Misi Kami
Melahirkan para hafiz yang mahir dalam ilmu Al-Quran dan Qiraat serta berkemampuan untuk memikul tanggungjawab sebagai pendakwah.

Visi Kami
Merealisasikan Falsafah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) di samping untuk melahirkan para hafiz yang soleh serta berketrampilan dalam kehidupan bermasyarakat.

Objektif Kami
1. Melahirkan para hafiz yang benar-benar dapat menjaga hafalan Al-Quran.
2. Melahirkan ulamak yang soleh serta berakhlak mulia
3. Melahirkan Qari yang bermutu bacaannya serta mantap dalam ilmu qiraat.
4. Melahirkan para hafiz yang boleh menjadi rujukan masyarakat dalam bidang Al-Quran dan Qiraat.
MERENUNG KE BELAKANG
Menyingkap Sejarah Penubuhan MTAQA
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah ( MTAQA ), Banggol Chicha, Pasir Mas, telah dirasmikan penubuhannya oleh YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada 19 Disember 2005.
Ianya adalah kesinambungan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat di Pulai Chondong yang mana merupakan sekolah tahfiz pertama yang dibina di bumi Kelantan. Disebabkan terlalu banyak permohonan daripada masyarakat untuk menghantar anaknya ke Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, maka ditubuhkan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah di Banggol Chicha sebagai cawangan atau boleh dikira sebagai adik kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong. Secara keseluruhannya, sistem kurikulum yang terdapat di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah adalah sebiji seperti Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong baik dari segi Tahfiz Al-Quran, Pengajian Arab Agama dan juga akademik.
Pada awal penubuhannya, MTAQA menerima pelajar seramai 60 orang pada tahun 2006. Pada tahun 2009, pelajar tingkatan empat ketika itu telah dihantar ke MTAQ PC untuk mengambil SMTQ memandangkan ada beberapa permasalahan yang masih tidak dapat diselesaikan. Bermula 2019, MTAQA sudah tidak lagi menghantar para pelajarnya ke MTAQ PC kerana pusat untuk peperiksaan SPM sudah berjaya didaftarkan di MTAQA. Ini bermakna, pada tahun 2019, MTAQA menyaksikan pelajar sulung yang mengambil peperiksaan SPM di MTAQA. Hanya pelajar yang ingin mengambil STTQ sahaja yang akan dihantar ke MTAQ PC. Ini merupakan sejarah baru di bumi MTAQA.
Kini umur MTAQ sudahpun menjangkau 16 tahun yang boleh dikira sebagai umur matang. Jadi tidak hairanlah jika sehingga kini MTAQ telah berjaya melahirkan lebih dari 500 orang hafiz Al Quran. Lepasannya berjaya menyambung pelajaran di IPTA dan IPTS dalam negara sama ada dalam bidang agama atau profesional. Manakala di luar negara mereka berjaya menyambung pelajaran masing-masing dalam pelbagai negara seperti Mesir, Madinah, Jordan, Indonesia, England, Perancis dan lain-lain.

APA KATA IBU BAPA
Sekilas Pandang
APA YANG KAMI BOLEH BANTU ANDA
SOALAN YANG SERING DITANYA
MTAQA mempunyai pelajar bermula tingkatan 1 sehingga tingkatan 5
Setakat ini, pelajar SPM diberi pilihan sama ada untuk mengambil aliran Perakaunan, Ekonomi atau Perniagaan. Subjek Sains Tulen seperti Biologi, Kimia dan Fizik tidak disediakan di MTAQA.